Tuesday, April 16, 2024

TOKOH AGAMA (3)


 TOK JANGGUT atau HAJI MAT HASSAN

(i) Latar belakang
– nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
– dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada
– dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
– mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
– mahir dalam ilmu persilatan
– menetap di Kampung Nering, Kelantan
– bekerja sebagai petani dan peniaga

TOK JANGGUT PEJUANG JIHAD

Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.

Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas.

Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut. Apabila tokoh yang juga ulama itu meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang.

Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat bangsa dan negara.

Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak berhasil kerana masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok Janggut berserta sahabat dan pengikutnya terhadap negara.

Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal disanjung sehingga kini.

Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, dia turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram.

Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan Timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung.


mengapakah mayat Tok Janggut digantung secara terbalik?
Pertempuran sengit tercetus yang menyaksikan ramai pejuang mati termasuk mengikut dakwaan British, Toke Janggut pada 25 Jun 1915. Mayatnya dibawa ke Pasir Putihr sebelum digantung secara terbalik di Padang Merdeka, Kota Bharu selama tiga hari sebagai amaran kepada mana-mana pihak yang cuba melawan mereka.

Tuesday, April 2, 2024

Kuda Kepang Warisan Budaya Johor (2)

 


Kuda kepang dikenali dengan pelbagai nama seperti jaran kepang, kuda lumping, jathilan dan ebeg. Menurut orang Jawa memberikan makna bagi 'jaran' ialah kuda manakala 'kepang' merujuk kepada anyaman. Bagi masyarakat jawa panggilan bagi kuda kepang yang popular ialah jaran kepang kerana pertunjukan yang dipersembahkan ialah menggunakan anyaman kuda. Ianya biasa berwarna kitam dengan bulu berwarna kuning. 

Kuda kepang mula berkembang sebelum berlakunya perkembangan Islam iaitu pada abad ke XV. Persembahan kuda kepang ini dimainkan dalam upacara pemujaan. Dipercayai, kuda kepang dimainkan adalah bertujuan orang yang masih hidup untuk menjalinkan hubungan dengan roh orang telah mati. Selain itu, mereka percaya kuda kepang dimainkan bertujuan untuk membersihkan desa daripada gangguan roh-roh jahat, penyakit dan malapetaka. 

Permainan ini sangat popular khususnya di negeri Johor. Tidak banyak pengubahsuian yang dilakukan walaupun setelah berkurun lama seni kuda kepang ini wujud. Hal ini disebabkan masyarakat Jawa yang begitu kuat mengekalkan seni tradisi mereka dan ini dibuktikan dengan pengekalan seni budaya dan juga tutur bahasa yang digunakan sehari-hari.

Pada zaman sekarang, permainan kuda kepang dimainkan di majlis perkahwinan atau sesuatu majlis keramaian. Permain kuda kepang memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang dimana 9 orang menari, 5 orang pemain muzik, 15 orang penjaga kawasan dan dua orang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih". Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan jumlah ahlinya adalah seramai 40 orang. Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil "Danyang". Pakaian permainan pula biasanya seragam.


Pantang Larang Ketika Permainan


Pantang larang dalam permainan kuda kepang ialah pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal. Namun pantang larang yang utama ialah tidak boleh melihat kain berwarna merah kerana ia adalah pantang larang semulajadi. Selain itu tidak boleh terlihat atau melihat kaca atau serpihannya kerana ditakuti akan dimakan oleh pemain.


lokasi yang dikunjungi (14)

Memikatnya Keindahan Bukit Bendera: Puncak Teratas Penang yang Menakjubkan Bukit Bendera, atau lebih dikenali sebagai Penang Hill, merupakan...